ICTLAbdulRahim
  Maklumat
 
Program Komputer Dalam Pendidikan (KDP) yang diperkenalkan pada tahun 1992 secara rintis di 60 buah sekolah menengah merupakan titik permulaan kepada program Literasi Komputer di kalangan pelajar sekolah menengah. Sekolah-sekolah ini dibekalkan dengan sebuah makmal komputer yang dilengkapi dengan 20 buah komputer pelajar, satu komputer guru dan satu pelayan. Satu garis panduan untuk pelaksanaan program ini telah diedarkan ke sekolah melalui surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1992 KP(PPK) 8601/01/0400/Jld ll (91) bertarikh 17 Februari 1992.

Pada tahun 1996 program KDP telah diperluas ke 90 buah sekolah dan pada 1999 ke 110 buah sekolah menengah melalui surat siaran KP(PPK) 8601/01/0400/Jld.Xll (91) bertarikh 11 Februari 2000. Pada tahun 2002, satu surat perkeliling KP(BS-PP)8786/004/35 (8) bertarikh 20 Mac 2002 telah memaklumkan kepada semua sekolah yang dibekalkan makmal komputer di bawah Program Pengkomputeran Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia supaya melaksanakan program Literasi Komputer di tingkatan 1 dan 2.

Pada tahun 2005, selari dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta dapatan kajian keperluan yang dijalankan di bawah program Partners In Learning (PIL) antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Microsoft (Malaysia) Sdn. Bhd., kandungan program Literasi Komputer sekolah menengah telah disemak semula. Hasil dari semakan semula ini, program ICT Literacy for Secondary School diperkenalkan dan akan dilaksanakan di sekolah menengah mulai 2007. ICT Literacy for Secondary School Guideline disediakan sebagai panduan bagi membantu guru untuk melaksanakan program Information and Communication Technology Literacy for Secondary School dengan jayanya.

Dengan adanya program ini, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi dapat direalisasikan. Program ini merupakan langkah permulaan ke arah menyediakan tenaga kerja teknologi maklumat dan komunikasi pada masa akan datang. Disamping itu, program ini dapat membantu kerajaan dalam usaha mengurangkan jurang digital di kalangan pelajar luar bandar dan bandar.

sumber: http://tict.layar.net/wb/pages/ictl.php

 
  Selamat Datang 30173 visitors (45945 hits) Terima ksaih.. ein Bild"/> ein Bild"/>  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free