ICTLAbdulRahim
  Berita Terkini!
 
Sila Baca...
47 kes terbaru H1N1, 6 jangkitan tempatan
Berita Harian on 07/03/2009 at 6:52am (UTC)
 PUTRAJAYA: Sebanyak 47 kes terbaru selesema babi (H1N1) termasuk 41 kes import dan enam jangkitan tempatan dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican hari ini.
 

48 kes - wabak H1N1 terus menular
Malaysia Kini on 07/03/2009 at 6:49am (UTC)
 
Jul 2, 09 3:53pm
Jangkitan wabak selesema A (H1N1) terus menular dengan cepat apabila negara merekodkan 48 kes baru hari ini, termasuk lapan kes tempatan, menjadikan jumlah semuanya 244 kes.

Dua daripada kes tempatan itu - yang semuanya melibatkan rakyat tempatan - tidak dapat dikenal pasti punca jangkitan dan "masih dalam siasatan."

Semalam Malaysia mencatatkan 38 kes - rekod tertinggi peningkatan dalam masa sehari sejak kes pertama, 15 Mei lalu.

Daripada jumlah keseluruhan, 38 kes melibatkan jangkitan tempatan sejak ia dikesan kali pertama 17 Jun lalu.

Kes jangkitan tempatan terbaru termasuklah lima orang pelajar Sekolah Menengah Tsun Jin, Cheras, sementara satu kes lagi akibat terdedah kepada kes ke-213, seorang pramugari Malaysia yang tiba dari Sydney 27 Jun lalu.

"Sementara kes indeks bagi dua lagi kes jangkitan tempatan masih dalam siasatan," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mengulas langkah baru menjalankan ujian air liur kepada pelancong dan rakyat tempatan yang pernah ke negara diserang wabak tersebut, Liow berkata kementeriannya mengambil sampel palitan tekak kepada mereka yang disyaki.

"Mereka ini diarah untuk menjalani kuarantin di rumah sehingga keputusan diperolehi yang biasanya siap dalam tempoh 24 jam," katanya dalam kenyataan harian kes tersebut.

"Kepada warga asing yang disyaki dijangkiti influenza A (H1N1) mereka akan terus dirujuk ke hospital yang dikhususkan untuk rawatan dan siasatan lanjut."

Menurut kenyataan itu lagi, kes-kes terbaru melibat 36 warganegara Malaysia, Indonesia (4 orang), masing-masing dua Singapura, Filipina, Australia, dan masing seorang China dan Itali.

Jumlah pesakit di hospital-hospital yang merawat selesema A (H1N1): Hospital Sungai Buloh (29 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (24), Hospital Pulau Pinang (7), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star (4), Hospital Tuanku Jaafar, Seremban (3), Hospital Umum Sarawak (2), Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh (2), Hospital Sibu (1), Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu (3), Hospital Tawau (1), Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (3), Hospital Batu Pahat (1), Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (3), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (1) dan Hospital Melaka (1).
 

Derma Darah...
Admin. on 07/11/2008 at 6:06am (UTC)
 Satu program derma darah akan diadakan sepanjang karnivel antidadah 11 & 12 Jul (Jumaat & Sabtu)...
 

Dari cikgu...
Admin on 07/09/2008 at 6:33am (UTC)
 Selamat maju jaya kepada semua pelajar ICTL!!!
 

terima kasih kepada pelajar-pelajar 2BB
admin..cg nawawi on 07/04/2008 at 9:35am (UTC)
 Terimakasihdan tahniah saya ucapkan kepada pelajar2 2BB kerana telah menjadi pelajar yang pertamamenggunakan lamanweb ini.
 

Program SLAD peringkat negeri
Admin on 07/04/2008 at 8:28am (UTC)
 Program Persatuan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) peringkat negeri akan diadakan bertempat di SMKAR. Program anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ini akan berlangsung selama dua hari bermula 9 Julai danakan berakhir pada 10 Julai.
 

<-Back

 1  2 Continue -> 
 
  Selamat Datang 30176 visitors (45957 hits) Terima ksaih.. ein Bild"/> ein Bild"/>  
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free